Sponsor

Saturday, June 14, 2014

Jalan Kampong Pun Banyak Lagi Yang Berlubang...!..., Niii,.. Nak Bina Lapangan Terbang Pula...Yang Ada Tu Pun Dah Cukup... ?.


Kerajaan perlu menjalankan kajian kebolehlaksanaan yang menyeluruh dalam mempertimbangkan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata ia adalah perlu bagi memastikan kerajaan sentiasa berhati-hati dalam pengurusan kewangan negara.
"Yang penting perbelanjaan kerajaan perlu berhemah. Kalau sudah ada lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang yang masih boleh diperbesarkan lagi, lebih elok kita gunakan kemudahan yang sedia ada dari buka lapangan terbang yang baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Komuniti Bersih, Sihat dan Selamat 2014 di Hutan Bandar, dekat Johor Baharu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ketika mengulas cadangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang baharu di Kedah.
Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai itu, berkata bagaimanapun kerajaan negeri boleh memohon kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kedah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina lapangan terbang baharu itu di atas tanah seluas kira-kira 600 hektar di Kulim, dalam usahanya untuk menampung keperluan dan perkhidmatan kargo yang semakin meningkat di utara Semenanjung. Bernama/14 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/