SHAH ALAM 1 MAC: Menteri Besar, Tan Sri
Khalid Ibrahim meminta penyokongnya tidak mengungkit sumbangan peribadinya
kepada PKR selama ini kerana menyifatkan parti itu jauh lebih berjasa.
“Jangan ambil kira pemberian saya kerana
PKR beri lebih banyak daripada itu. Bukan harta tetapi peluang untuk saya
menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin orang yang amanah dan
bertanggungjawab.
“Kalau diambil kira, itu tak berapa
ikhlas. Habislah (pahala). Biar Allah yang tentukan ganjaran. Sebab itu saya
minta (sumbangan peribadi) tidak diambil kira. Itu kira hangus,” katanya yang
membuat pengumuman bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.
Beliau berkata demikian pada program
Majlis Kasih Bertaut dengan tema Menuju Reformasi Tulen; Integriti, Telus dan
Bersih, di kediaman rasminya di sini, malam tadi. Abdul Khalid merujuk kenyataan pengacara
majlis ketika memperinci keperibadian sebenarnya dengan mendedahkan
sumbangannya kepada PKR yang selama ini disorok dari pengetahuan umum. Antaranya, menyelamat bangunan ibu
pejabat PKR dari dilelong pada 2011, membantu pembiayaian kempen Pilihan Raya
Umum (PRU) 12 dan 13 melalui wang poketnya sendiri.
Abdul Khalid juga menyumbangkan bas dan
treler Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen PRU 13 yang menyaksikan 52
peratus pengundi menyokong Pakatan Rakyat. Malah, pengacara majlis itu mengakui
pendedahan sedemikian tidak disukai Abdul Khalid tetapi beranggapan fakta
itu perlu diketahui ahli parti.
Apatah lagi, kata pengacara itu, Abdul
Khalid selama dilabel ‘kedekut’ sedangkan ADUN Pelabuhan Klang itu, banyak
membantu parti termasuk dalam aspek kewangan.
Oleh Fazallah Pit / Selangorkini/01 mac 2014.
TAN SRI KHALID IBRAHIM..
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan PKR sebagai Timbalan Presiden Parti
sekaligus menentang Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Abdul
Khalid berkata, fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini
sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut.
"Saya akan
terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab...
0 comments:
Post a Comment