Putera bongsu kepada Kapten Zaharie Ahmad shah, Ahmad Seth,
berkata, Ketika mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada
Isnin lalu mengenai kehilangan Pesawat mungkin berakhir di lautan Hindi tidak
mengejutkan beliau.
Kata Ahmad Seth.. “ Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang
boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan
ayah berakhir di selatan Lautan Hindi...
“ Ini mungkin kerana naluri saya kuat
mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis
tetapi Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas
pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat. Selagi
tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya
percaya ayah masih hidup, katanya.
Menjawab tentang spekulasi Negatif berkaitan ayahnya dengan
kehilangan pesawat MH370, Ahmad Seth menjelaskan, ...beliau tidak mengendahkan
sebarang spekulasi negatif yang mengaitkan bapanya dengan kehilangan pesawat
MH370, sejak 8 Mac lalu.
Ahmad Seth berkata, dia membaca semua laporan, termasuk spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat. Namun, apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain. Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain, katanya.....

Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah
kolej bahasa Jepun itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18
hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang
jawapan yang pasti. Katanya, sejak kejadian itu, rakannya sering berkunjung ke
rumah bagi memberi sokongan moral dan kata semangat.
Dari pelbagai sumber..
0 comments:
Post a Comment