MOHD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS
Timbalan Presiden
PAS, Mohamad Sabu berkata tanggal 7 Mac yang mensabitkan Anwar dengan hukuman
lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan dalam keadaan tergesa-gesa itu
merupakan satu titik sejarah hitam yang tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya,
tegas beliau keputusan itu akan memperkuatkan lagi Pakatan Rakyat bagi
menghadapi pilihan raya kecil Dun Kajang.
"Mac
penuh bersejarah apabila pada 3 Mac memberi kenangan pahit bagi umat Islam satu
iaitu tamatnya sistem khalifah Islam bila pemerintahan Uthmaniyah tumbang pada
1924, yang sejak dari itu dunia ketiga dijajah secara menyeluruh.
"7
Mac, Datuk Seri Anwar dihukum lima tahun penjara, kita lihat kerja yang
mereka lakukan termasuk mempercepatkan perbicaraan hingga mahkamah semalam
kerja lebih masa dengan harapan kononnya dapat menamatkan karier politik akan
memperlahankan kemaraan kita ke Putrajaya.
TAN KOK WAI - TIMBALAN PENGERUSI DAP
Timbalan Pengerusi
DAP, Tan Kok Wai yang menyifatkan keputusan itu sebagai 'perancangan tersusun
bertujuan memusnahkan Pakatan Rakyat' dengan menggunakan Anwar supaya BN boleh
terus merompak harta rakyat.
"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia dengan taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.
"Segala penganiayaan, penjara, pendakwaan, dan kezaliman akan kita atasi bersama kerana kebaikan akan menang ke atas kejahatan, kerana cahaya akan mengatasi kegelapan," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau menyeru pimpinan dan anggota Pakatan Rakyat untuk bersedia dengan taktik kotor BN supaya lebih bersungguh-sungguh agar boleh merapatkan pakatan agar perjalanan ke Putrajaya berjaya.
DR WAN AZIZAH ISMAIL - PRESIDEN PKR
Presiden PKR, Datuk
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ketika berucap menyatakan bahawa kesedihan ini
merupakan kesedihan sementara bagi meneruskan perjuangan menentang kezaliman.
"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka. "Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.
"Walau sugul di hati, semangat di hati masih tinggi. Air mata ini akan mengalir sekejap sahaja, apabila dilap ia akan berhenti. Ia adalah ujian agar kita tidak lalai dan leka. "Kita akan gilap semula, mengapa kita berada di sini. Hidup ini mesti dalam realiti, tetapi idealisme perjuangan itu memberi kita kekuatan," tegas beliau.
TAN SRI KHALID IBRAHIM - MB SELANGOR
Keputusan Mahkamah Rayuan yang
mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
menjijikkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Konvensyen hari ini dipatahkan dengan keputusan mahkamah dari
segi keputusan yang tidak dikira dibuang kes oleh Mahkmah Tinggi.
“Tetapi mengejutkan Anwar dikenakan penjara lima tahun,”. Abdul Khalid berkata, semua
pimpinan Pakatan perlu bersatu untuk memperjuangkan keadilan dan meneruskan
kemaraan ke Putrajaya bersama-sama Anwar. “Pakatan memperjuangkan keadilan dan hak, demokrasi mesti
berlaku. “Jadi kita perlu bersatu di bawah keadaan ini untuk perjuangkan
keadilan supaya pemimpin kita tidak lagi disekat untuk mara ke Putrajaya,”
katanya. “Perjuangan
ini banyak liku getir. Namun saya percaya ketabahan kita membawa ke satu
perjuangan yang dipimpin oleh pemimpin amanah dan bertanggungjawab kepada
rakyat,”...
DATUK JOHARI ABDUL - MP SUNGAI PETANI
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk
Johari Abdul percaya 'keputusan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat
melalui ‘tangan politik’ dalam mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu bertujuan menggagalkan hasrat
Ketua Umum PKR itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada
23 Mac ini. “Saya yakin Kerajaan mempunyai ‘tangan’ dalam keputusan yang
berlaku hari ini dimana segala proses dipercepatkan. “Ini jelas membuktikan Kerajaan mahu Anwar tidak layak
bertanding dan mengagalkan rancangan ‘Selangor Move’,” katanya kepada SelangorKini di luar Istana
Kehakiman.
TIAN CHUA - NAIB PRESIDEN PKR
Naib Presiden PKR, Tian Chua pula
berkata rancangan Kerajaan Umno BN untuk mengulingkan Anwar dari terus mara
berpolitik, sangat jelas.
“Ini bukan sekadar menghalang Anwar bertanding PRK Kajang.
Hukuman lima tahun ini juga rancangan menghalang Pakatan Rakyat memenangi PRU
14,” katanya.
XAVIER JAYAKUMAR - ADUN SRI ANDALAS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sri Andalas, Xavier Jayakumar pula, sudah menjangka keputusan mahkamah dan
menyifatkan ia keputusan tidak adil. “Kita lihat bagaimana permainan mereka, mahkamah cepatkan proses
‘hearing’ dan habiskannya dalam tempoh dua hari dan hari ini juga mereka
jatuhkan hukuman.
Xavier berkata, perbicaraan terhadap Anwar hanya
penghakiman politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk
memastikan ia berlaku.
Bekas Adun Kajang, Lee Kim Sin
menyifatkan keputusan itu sebagai episod hitam dalam institusi kehakiman negara
dan yakin rakyat akan menghukum kejahilan tersebut menerusi PRK DUN Kajang. “Meskipun keputusan ini sangat
tidak adil, kempen di Kajang akan terus dijalankan. Keputusan ini membuatkan
rakyat kecewa dan marah dan saya yakin rakyat akan menghukumnya. “Bermula dengan PRK Kajang, Rakyat
akan mengulingkan Umno BN,” katanya.
0 comments:
Post a Comment