BERA - Kata-kata terakhir Khairul
Amri Selamat, 29, yang dilafazkan kepada ibunya, Normah Jaafar, 56, sebelum
berlepas ke Beijing, China dengan menaiki pesawat MAS MH370, 8 Mac lalu atas
urusan kerja masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
"Mama, adik nak pergi
dah..." Itulah kalimah terakhir yang diucapkan Khairul Amri.
Normah berkata, setiap kali ke luar
negara, anak bongsunya itu akan menghubunginya dan sering berbual
panjang.
Namun sebelum kejadian, hanya itu sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Khairul Amri, dan sebaliknya dia yang banyak bercakap. “Itulah yang saya ralat sangat. Dia cakap itu sahaja, memang tak cakap apa-apa dah. “Tapi saya sudah bersedia untuk terima segala kemungkinan. Saya reda dan pasrah jika itu ketentuan-Nya,” katanya.

Menurut Normah yang juga Guru Tabika
Kemas Kerayong Makmur, selepas mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri malam
kelmarin menerusi televisyen, dia agak terkejut dengan berita itu, malah tidak
menjangka penantian selama 17 hari bernoktah tidak seperti diharapkan.
Katanya, pihak MAS ada memaklumkan
kepadanya untuk bersiap sedia segala kelengkapan atau keperluan untuk di bawa
ke Perth, Australia pada bila-bila masa sahaja. “Saya nak pergi ke sana. Kalau tak dapat melihatnya (Mohd Khairul Amri), dapat
tengok lokasi pun cukuplah.....
SH/26 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment