Sponsor

Wednesday, March 26, 2014

Pesawat Malindo Air OD 1804 Mendarat Cemas, Semua Penumpang Selamat....

Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini. Kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat dengan nombor penerbangan OD1804 itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.
"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.
Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini. Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang pada malam tadi.


Anggota pasukan tersebut merakam gambar kebakaran berkenaan, yang menunjukkan api besar menyala-nyala dari salah sebuah enjin kipas jenis turboprop pesawat tersebut.

MK/26 Mac 2014






TIANG SERI - Ini adalah kejadian yang ke empat melibatkan Pesawat Udara dimana kejadian pertama melibatkan Pesawat MAS MH 370 yang berlepas ke China pada 8 Mac 2014 didapati hilang. Pesawat yang membawa 239 penumpang itu bagaimanapun dikesan terhempas di lautan Hindi setelah 17 hari dalam pencarian. Pihak berkuasa MAS pula mengumumkan, kesemua 239 orang dalam pesawat berkenaan dikhuatiri telah meninggal dunia.
Begitu juga dengan Pesawat MAS MH144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, Nepal juga turut mengalami detik cemas apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
Kejadian seterusnya melibatkan Pesawat MAS MH066 yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong disebabkan generator pesawat yang tidak berfungsi. Insiden yang berlaku pada 24 Mac 2014 ini bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa. Pesawat itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/