KAJANG 23 MAC :
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi
BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat. Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli
berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada
kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat.
“Kiri kanan ada penyokong BN,
penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah Datuk Seri Anwar
dan cuba untuk memukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk
Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain.
“Mereka dilihat tidak menggunakan
apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidak
ada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba.” katanya ketika dihubungi, hari
ini.
Namun selepas itu, keadaan masih lagi
terkawal selepas pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi
meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut.
KD/23 Mac 2014.
0 comments:
Post a Comment