Sponsor

Sunday, March 9, 2014

Surat Untuk YDPA, Maklumkan Tidak Hadir Untuk Jamuan Di Raja....

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong bagi menyatakan pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis jamuan diraja selepas pembukaan parlimen Isnin depan.
Keputusan tidak menghadiri majlis  tersebut sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah rayuan, yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes Fitnah II, semalam.

Ini kerana jamuan berkenaan akan turut dihadiri ketua hakim negara, selain perdana menteri dan barisan menteri kabinet yang dilihat campurtangan dalam keputusan mahkamah.
“Buat apa nak senyum hipokrit dengan orang yang zalim dan takbur? Buat apa nak hormat ketua hakim negara yang tak hormat perlembagaan dan undang-undang yang menjadi alat perkakas pemimpin?” soalnya dalam ucapan penggulungannya di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, beliau hanya akan menghadirkan diri dalam ucapan Yang Dipertuan Agung, sebaliknya beliau dan pimpinan Pakatan rakyat tidak akan bersama dengan ahli parlimen BN dalam upacara perbarisan 10 Mac ini.

“Saya dan pimpinan bersedia dan setia akan menghadap Yang Dipertuan Agung bila-bila masa walaupun tanpa jamuan,” katanya....

SEMENTARA ITU DALAM PERKEMBANGAN YANG SAMA

Konvensyen Pakatan Rakyat kelima yang berakhir petang ini menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak penyokong Pakatan memperbaharui keazaman mereka bagi terus 'menyerang' BN. Seruan itu menurutnya adalah satu 'semboyan perang' untuk menamatkan rasuah serta salahguna kuasa selama ini.
"Pakatan Rakyat hari ini siap untuk serangan baru yang lebih kuat dan hebat, serangan yang lebih hebat dan ampuh dan kita akan serang BN. "Ini adalah semboyan perang! Cukup-cukuplah rasuah, cukup-cukuplah salah guna kuasa," kata Anwar dalam ucapan penggulungannya. "Kita mesti pertahan hak kita," laung Anwar penuh bersemangat sambil disambut dengan penghormatan berdiri oleh peserta konvensyen yang memenuhi Pusat Konvensyen Setia Alam, petang ini.
Seruan tersebut dibuat Anwar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan semalam, atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Beliau sebelum itu turut merakamkan keprihatinannya terhadap berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan pagi ini.

"Kita jarang dapat berita yang begitu mencemaskan dan kita tentunya bersama-sama keluarga (penumpang) di Malaysia dan yang lain dan kita turut prihatin," kata Anwar.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/