Mahkamah Prancis memerintahkan majalah
gosip Closer membayar ganti rugi sebanyak 15.000 Euro kepada artis jelita
Perancis, Julie Gayet ‘41 kerana melanggar privasinya menerbitkan foto-foto
Aktres itu untuk mempamerkan hubungannya dengan Presiden Perancis, François
Hollande. Jumlah bayaran itu lebih kecil berbanding tuntutan Julie Gayet
sebanyak 50 ribu euro.
Pendedahan hubungan intim antara Julie Gayet
dan Francois Hollande mendapat liputan meluas di laman sosial sehingga
menimbulkan kemarahan Presiden Perancis itu. Hubungan intim itu juga
menyebabkan hubungan Hollande bersama pasangannya Valerie Trierweiler ’49 berakhir.
Dalam
perbicaraan sebelum ini, Pengacara bagi pihak Julie Gayet, Jean Ennochi
mengatakan pendedahan tersebut menyebabkan anak guam nya telah ‘diburu’ oleh
media. Dia diserang oleh beberapa kumpulan fotograper. Keadaan ini ibarat seperti
memburu ‘binatang liar’.. kata pengacara itu.
Sementara itu pengacara bagi pihak
Majalah Closer, Delphine Pando mengatakan majalah tersebut dibenarkan untuk
menerbitkan foto-foto yang dimaksudkan itu. Jelasnya, foto-foto itu mewakili
kepentingan masyarakat kerana penerbitnya hendak mengangkat isu tentang
pengamanan Presiden dan transparansi tugas Hollande sebagai Presiden Perancis.
Di samping itu, Julie Gayet sedang
mempertimbangkan gugatan selain nya termasuk foto ketika Gayet berada didalam
mobil. Menurutnya itu adalah hak peribadi menurut undang-undang Perancis.
Julie Gayet berstatus Janda juga
merupakan seorang ibu kepada dua anak. Seorang bintang filem ternama Perancis
dan pernah menghasilkan lebih dari 70 buah filem. Kemunculannya baru-baru ini di
New York, dia ditanya soal hubungannya dengan Hollande dan menjawab... ‘Kehidupan
peribadi ku adalah kehidupan pribadi ku’........
Bintangnews.com
0 comments:
Post a Comment