Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada
pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.
Seramai 1,197 pengundi awal telah pun
menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.
PRK Kajang yang dianggap sebagai 'langkah Kajang' ini
dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan,
kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama akan menggambarkan
keputusannya yang sebenar pada hari ini. Persoalan nya, adakah kempen 'Langkah
Kajang' ini mampu menarik sokongan rakyat terutama pengundi Kajang..
Walaupun
pada permulaannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon DUN Kajang,
namun hasrat itu terbantut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan
Beliau bersalah dan hilang kelayakan untuk bertanding. Namun bagi Pakatan
Rakyat, ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama PRK Kajang tidak
mendatangkan Masalah besar kerana PKR masih mempunyai ramai lagi calon yang
berwibawa..
Bagaimana
pula dengan calon BN, Chew Mei Fun..Walaupun dianggap sebagai calon ‘underdog’tentu sekali Chew Mei Fun mahu menambah
sokongan kaum Cina terhadap BN. Paling kurang mengekalkan sokongan seperti
keputusan PRU yang lalu. Jika keputusan itu gagal di capai bermakna parti MCA
sudah tidak lagi relevan. Samaada Chew Mei Fun atau MCA atau BN yang tidak
relevan, itu terpulanglah kepada keputusan undi yang akan diumumkan nanti..
TIANG SERI / 23 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment