Sponsor

Saturday, March 29, 2014

Mahfuz – Peristiwa Memali Satu konspirasi Politik Jahat Kepimpinan Umno....

SHAH ALAM, 29 MAC: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China mengukuhkan lagi dakwaan peristiwa berdarah Memali berlaku hasil konspirasi jahat kepimpinan Umno. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan, peristiwa Memali sebagai satu perbuatan jijik yang dilakukan Mahathir berdasarkan jawapan ringkas yang diberikan Tun Musa Hitam.
“Pendedahan Musa Hitam memberikan jawapan yang memperkukuhkan dakwaan sebelum ini ketika peristiwa itu berlaku bahawa ia terhasil daripada konspirasi politik jahat kepimpinan Umno sendiri. “Apabila Musa mengatakan Mahathir berada di Malaysia ketika itu dan beberapa hari selepas kejadian tetapi media arus perdana melaporkan beliau (Mahathir) berada di China.
“Walaupun kenyataan Musa begitu pendek dan ringkas, tetapi sudah cukup menggambarkan bahawa sebenarnya media arus perdana diatur sebegitu rupa supaya melaporkan Mahathir tidak berada dalam negara dan orang tidak mengesyaki sebarang pembabitan beliau dalam peristiwa Memali dan lebih menuding jari kepada Timbalannya (Musa),” katanya kepada Selangor Kini.
Musa yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu mendedahkan perkara berkenaan dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Kelantan yang diadakan di Kota Bharu, pada 26 Mac lalu. Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat, namun beliau tidak mahu menyerah diri hingga polis merempuh perumahannya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh, pada 19 November 1985.
Mahfuz berkata, kerajaan didesak mengemukakan usul di Dewan Rakyat supaya membatalkan Kertas Putih berkenaan peristiwa Memali yang
dibentangkan di Parlimen pada tahun 1986, selain menarik fatwa ‘Bughah’ yang dikenakan terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Katanya, penarikan balik dua perkara itu bertujuan menjaga nama baik Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ketika itu menjadi Sultan Kedah.
“Saya minta supaya kerajaan mengemukakan satu usul di Parlimen untuk menarik balik Kertas Putih berkenaan peristiwa Memali yang dibentangkan pada tahun 1986 kerana tidak wajar dipakai. “Kenyataan Musa cukup membayangkan bahawa Kertas Putih itu sendiri terhasil daripada satu konspirasi bukan daripada catatan peristiwa yang berlaku, sekali gus ia (Kertas Putih) terbatal.
“Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah perlu menarik balik fatwa ‘Bughah’ (pendehaka) terhadap Allahyarham Ibrahim Libya dan 14 orang anak murid beliau kerana bagi saya fatwa itu adalah tidak tepat dengan kenyataan yang dibuat Musa kerana terhasil daripada konspirasi politik jahat. “Jika tidak ditarik balik, ia akan menjatuhkan maruah, kredibiliti dan kepercayaan orang terhadap Majlis Fatwa dan alim ulama,” katanya.
SK/29 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/