BEIJING - CHINA.
Kira-Kira 200 anggota keluarga 154 penumpang warga China dalam pesawat MH370
hari ini berarak dengan membawa sepanduk di depan Kedutaan Besar Malaysia di
sini bagi melahirkan kekecewaan mereka berkaitan berita tentang nasib pesawat
itu yang diterima semalam.
Mereka memakai kemeja T putih yang tertera ayat 'Pray for MH370', melaungkan "pulangkan semula keluarga saya" ketika berarak ke arah kedutaan itu.
Pada mulanya, tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman namun bertukar menjadi tidak terkawal apabila mereka dihalang memasuki premis berkenaan oleh anggota keselamatan yang berkawal di depan kedutaan berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa data yang dikeluarkan satelit milik British iaitu Inmarsat merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

0 comments:
Post a Comment