KUALA LUMPUR -
Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang
besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi tadi.
Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.
Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.
Sinarharian/8 Mac 2014
*Sehingga berita ini ditulis, belum ada lagi pengesahan rasmi samaada tumpahan minyak tersebut ada kaitan dengan berita Pesawat MH370 yang terhempas*
0 comments:
Post a Comment