Sewaktu pelbagai negara terlibat dalam usaha mencari dan
menyelamat pesawat MH370, Lim Guan Eng dan MCA mengambil kesempatan bertikam
lidah daripada insiden itu dengan ketua menteri Pulau Pinang melancarkan
'serangan' awal.
Lim dalam akhbar China Press dilaporkan
berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bernasib baik beliau tidak
memegang portfolio Kementerian Pengangkutan sebelum pesawat itu hilang.
Dakwa Lim, Liow tidak akan mampu mengendalikan
media antarabangsa dengan penguasaan bahasa Inggerisnya yang lemah. "Syukurlah Liow bukan menteri
pengangkutan," Lim dilaporkan China Press sebagai berkata demikian pada satu majlis.
Dalam respons yang juga kurang memberangsangkan, anggota
jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan setiausaha agung DAP itu
sebagai "rosak otak". Chai mendakwa Lim pernah mengaku tidak berani
berbual dalam bahasa Inggeris dengan generasi tua yang menguasai bahasa
tersebut dengan "sangat baik" namun, tetap tergamak mengkritik tahap
penguasaan bahasa Inggeris Liow.Chai mengaku ketuanya itu mungkin tidak sefasih Lim dalam
menggunakan beberapa istilah seperti .. “ You print, I sue”
(Awak terbitkan, saya saman), satu rujukan sinis kepada saman-saman fitnah Lim
terhadap beberapa akhbar...
MK/21 Mac 2014..
0 comments:
Post a Comment