Sponsor

Wednesday, March 12, 2014

11 Mac 2014 - Ulang Tahun Ke Tiga Bencana Tsunami Jepun Dalam Kenangan....

11 Mac 2014, Tepat 3 tahun berlakunya bencana Tusnami yang dasyat di Jepun. Ribuan rakyat Jepun memperingati peristiwa ini sebagai tanda penghormatan terhadap warganya yang terkorban. Gempa bumi yang berkekuatan 9.0 skala ritcher telah menghasilkan Tsunami dasyat. Ketinggian ombak laut melebihi 6 meter telah melanda pantai Jepun. Berdasarkan data rasmi pemerintah Jepun, 15,884 orang warganya mati dan lebih 2,636 nyawa hilang tanpa dikesan.


Tsunami yang membawa bencana dasyat itu telah mengorbankan setiap perkampungan-perkampungan ditepi pantai tanpa tersisa sedikit pun. Juga turut memusnahkan Pusat Loji Kuasa Nukler fukushima dan memaksa ribuan rakyatnya dipindahkan.

Kini, meskipun Kerajaan Jepun telah memperuntukkan kawasan yang ditimpa musibah Tsunami ini dengan kewangan yang besar, namun usaha-usaha untuk membangunkan kembali amatlah sukar dan disifatkan terlalu perlahan. Lebih dari 270,000 masih menunggu untuk mendapatkan tempat tinggal dan ketika ini masih berada di perumahan sementara.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam Parlimen Jepun minggu lalu,  bertekad akan mempercepatkan proses pemulihan kawasan-kawasan yang ditimpa tsunami. Sehingga ini, Kerajaan sudah menyiapkan separuh dari projek pemulihan tersebut...."Saya berjanji akan mempercepatkan pembangunan demi menghilangkan kesedihan rakyatnya. Jepun harus bangkit,..." ujar Shinzo Abe dalam ucapannya di parlimen Jepun....
Bagaimanapun menurut pakar-pakar dalam bidang tenaga Nuklear, Jepun memerlukan sekurang-kurang nya 40 tahun untuk membangunkan kembali Tenaga Nuklear Fukushima yang mengalami kerosakan teruk akibat Tsunami....


TIANG SERI - Artkel untuk berkongsi maklumat sahaja...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/