Sponsor

Saturday, March 29, 2014

Wartawan Wanita Cantik Ini Turut Terkorban Dalam Pertempuran Antara Penunjuk Perasaan Dan Anggota Polis Mesir Di Kairo...

Seorang wartawan Wanita, ‘Mayada Ashraf ’22 tahun dari akhbar Mesir, El-Dostour turut terkorban ketika membuat liputan aksi tunjuk perasaan oleh rakyat Mesir di Ain Shams,Kairo pada hari Jumaat ’28 Mac 2014. Selain Mayada, setidak nya lima orang lagi turut menjadi korban akibat pertembungan antara penunjuk perasaan dan pihak keamanan Mesir.

Aksi tunjuk perasaan itu diadakan sebagai memprotes pencalonan Panglima Angkatan Bersenjata Abdul Fatah Al Sisi sebagai calon Presiden Mesir dalam pemilihan akan datang serta membantah keputusan Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 anggota Ikhwan Muslimin pada isnin lepas. Pencalonan Jen Fatah As Sisi sebagai calon Presiden Mesir tidak mendapat sokongan rakyat Mesir.

Perhimpunan wartawan Mesir menyatakan, kematian Mayada Ashraf adalah yang ke sepuluh semenjak berlakunya Revolusi menumbangkan Regim Hosni Mubarak tiga tahun yang lalu. Ketegangan Politik kembali memuncak selepas pengumuman Al Sisi untuk bertanding jawatan Presiden beberapa hari lalu.
Selain di Ain Shams, Nashr City tunjuk perasaan itu terus berlangsung diseluruh bandar di Mesir. Ikhwan Muslimin berikrar akan terus melancarkan aksi tunjuk perasaan sehingga Regim Kudeta mundur dari arena Politik Mesir.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri dan Lembaga Keamanan Nasional juga berikar akan menumpaskan tunjuk perasaan dan menyebut penunjuk perasaan dinilai sebagai menganggu keamanan Negara.
Edit sumber http://english.ahram.org.eg/

Foto sekitar tunjuk Perasaan Rakyat Mesir pada 28 Mac 2014 di Ain Shams, Bandar Kairo Mesir.




0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/