Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli
keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan
akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran
beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.
Juruterbang Malaysia Airlines itu
disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang
hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati
Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas
tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777
miliknya.
Akhbar tabloid Britain itu sebelum
ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33
tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah
peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat
drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.
“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan
terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu,
Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.
Akhbar tabloid itu versi Ahad, The
Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan
dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa
bersendirian di bilik tidur mereka.
Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat
MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di
Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan
sengaja. Pesawat dipercayai terbang beratus
batu melepasi selatan Lautan Hindi dan kehabisan minyak sebelum terhempas ke
dalam lautan. Masih belum ada bangkai atau serpihan
pesawat yang ditemui setakat ini. Tabloid tersebut mendakwa mereka
bercakap dengan isteri dan anak perempuan kepada juruterbang berusia 53 tahun
itu dan kedua-duanya mengatakan beliau terganggu dan menyepikan diri beberapa
minggu sebelum pesawat hilang.
Tetapi satu emel yang dihantar kepada
The Malaysian Insider menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada
Daily Mail. Selain daripada anak lelaki Kapten
Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya yang pernah bercakap kepada media.
Menurut akhbar Britain itu, tiada
nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui, tetapi polis akan terus
menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah keadaan mentalnya sebelum
penerbangan menjadi faktor. Menurut The Mail pada Ahad, soal
siasat polis dengan ahli keluarga mengesahkan juruterbang yang tinggal dengan
keluarganya di kawasan perumahan mewah itu tidak mempunyai masalah kewangan. –
MI/31 Mac, 2014.
MI/31 Mac, 2014.
0 comments:
Post a Comment