WAN AZIZAH DIUMUM SEBAGAI CALON
KAJANG: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (Dun) Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini.
Pengumuman berhubung pemilihan Azizah
dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Bilik
Gerakan Umum PKR, Bangunan Mat Saman, dekat sini, sebentar tadi.
Keputusan itu, ujar Anwar telah
mendapat muafakat pimpinan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Perubahan calon PKR bagi PRK Dun
Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah
dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau
gugur hak bertanding.
PERSETUJUAN CALON ATAS DASAR MUAFAKAT
PR
"Mahkamah Rayuan diperalat oleh
Umno untuk halang saya jadi calon maka Pakatan Rakyat telah memutuskan Wan
Azizah menjadi calon Kajang," kata Anwar.
Sementara itu Wan Azizah dengan hati
terbuka menerima keputusan itu dan menyifatkan ianya bertepatan
dengan Hari Wanita Sedunia. "Saya akan bawa suara rakyat dan
ajak bersama-sama saya untuk menolak Umno-BN. Marilah kita bersama-sama jangan
tunduk dan kita teruskan perjuangan," kata Wan Azizah. Malah katanya, inilah waktu yang
terbaik untuk bersama-sama mengangkat keadilan bagi rakyat negara ini. Ketika diajukan soalan mengapa
Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution tidak dipilih bagi menggantikan Anwar
di Kajang.
"Dia lebih cenderung untuk
kerja-kerja setiausaha (agung)," tambah Anwar. Anwar turut menjelaskan beliau akan
berkempen seperti biasa sebagaimana kempen yang diadakan sebelum ini. Sehingga hari ini, PRK Kajang bakal
menyaksikan pertandingan di antara calon wanita PKR dan BN. Wan Azizah akan
dicabar oleh calon BN daripada MCA, Chew Mei Fun.
PENCALONAN WAN AZIZAH MENDAPAT SOKONGAN PENUH PAS
Dalam perkembangan berkaitan, PAS
menyokong penuh pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon PKR dalam
PRK Kajang.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man (gambar) yakin
pengundi di Dun Kajang akan memberi mandat yang besar kepada Dr Wan Azizah bagi
menyatakan sokongan dan simpati kepada tragedi malang yang menimpa Anwar. “Para pengundi Dun Kajang diminta
menzahirkan bantahan dan tekanan kepada BN yang menggunakan mahkamah bagi
menghalang Datuk Seri Anwar daripada dicalonkan di Kajang,” tegas beliau.
0 comments:
Post a Comment