BANGKOK - Imej
satelit Thailand telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan
Hindi ketika operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata
seorang pegawai pada Khamis.
Menurut Agensi Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

"Bagaimanapun
kita tidak... tidak berani mengesahkan yang ianya serpihan dari pesawat,"
kata pengarah agensi tersebut, Anond Snidvongs kepada AFP seperti dipetik Astro
Awani.Beliau memberitahu,
maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.
Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses. Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Pesawat tersebut telah dikatakan terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi selepas berpatah balik dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dilaporkan terbang beberapa jam dalam arah yang bertentangan.

SH/27 Mac 2014...
0 comments:
Post a Comment