Rome: Seorang lelaki berusia 70
tahun bernasib baik kerana tidak mengalami serangan jantung selepas mendapat
tahu seorang wanita yang dilanggannya sebagai pelacur adalah teman wanita
anaknya.
Pesara
terbabit begitu teruja menunggu kedatangan pelacur yang ditempah ke rumahnya.
Namun, warga emas berkenaan terkejut apabila mendapati pelacur yang masuk
melalui pintu rumah mewahnya itu ialah wanita yang memang dikenalinya. Sumber
berkata, lelaki terbabit menempah pelacur berkenaan dari bandar berhampiran
Treviso. Sebelum itu, pelacur terbabit mendakwa kepada anak pesara terbabit
bahawa dia bekerja sebagai pelayan kedai makan. Pertemuan “luar biasa” itu
mencetuskan pertengkaran antara mereka dan akan didedahkan dalam perbicaraan di
mahkamah minggu ini. - Agensi/myMetro/9 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment