20 Mac 2014 / TV Mesal Arab Saudi
menggemparkan penganut Syiah Imamiyah Timur Tengah dengan menyajikan satu acara
dalam rancangan TV. Rancangan ini dianggap ‘panas’ dengan penampilan tetamu
utama nya adalah seorang bekas Ulamak Syiah yang amat berpengaruh. Beliau
merupakan Ulamak hadis, Fiqh dan ushul sekaligus menjadikannya sebagai Ulamak
Rujukan Tertinggi dalam Komuniti Syiah. Kini, penampilan nya bukan lagi
berserban hitam ala Syiah tetapi secara rasminya muncul sebagai Ulamak Sunni
yang hebat...’panas’...?
Dua gambar Syaikh Al’Allaamah Abu
‘Ali Husain Al-Muayyid. Berbaju Hitam semasa Beliau bersama Syiah dan berbaju putih ketika ini bersama Sunni.
Perkembangan ini dianggap luar
biasa sekali. Seorang Ulamak Rujukan yang dianggap segala ‘kata-kata dan ucapan’
umpama ‘Wahyu’ dalam pemahaman Syiah telah bertukar arah. Apatah lagi ketika
Beliau berada didalam Syiah, Darjatnya dianggap paling tinggi dari
Ulamak-ulamak lain nya dalam Syiah. Kebiasaanya, setaraf Ulamak Rujukan ini,
sudah tentu kepentingan Pangkat, kedudukan dan Wang ringgit bukan persoalan
yang besar. Malah setaraf mereka selalunya akan mendapat pujian dan merekalah
sebagai ‘penunjuk jalan’ perjalanan pemahaman Syiah itu sendiri.
Hidayah Allah tiada siapa
menduga. Syeikh Al’Allaamah Abu ‘Ali Husain Al-Muayyid
tidak memikirkan semua itu. Pangkat dan kedudukan ditinggalkan nya. Keutamaan
nya sekarang adalah untuk menyelamatkan ‘Keyakinan’ nya. Baginya Pangkat,
kedudukan dan harta tidak bermakna jika ‘Aqidah dan Keyakinan’ nya tidak
memiliki dasar yang benar dan absah. Dengan sebab inilah, Beliau ‘melarikan diri’
dari semua itu ‘Demi Meraih cahaya dalam bingkai Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah’...Allahuakbar..
Syaikh Al’Allaamah Abu ‘Ali Husain Al-Muayyid
bukan sembarangan orang. Bapanya merupakan Pemuka Syiah dari keturunan Al-Kaadzhimiyah
(tertinggi dalam Syiah). Ibu beliau adalah anak
salah satu marja’ Syiah, Ayatullah Sayid Hasan Shadar. Sedangkan isterinya,
bersaudara juga dengan para Dai Syiah yang popular, Ammaar Al-Hakim. Bukan
sekadar harta benda malah semua keluarga nya turut ditinggalkan nya...
Ketika isterinya mengetahui
Suaminya telah menerima mazhab Sunni, ia
meminta cerai dan berkata pada beliau ; “ Saya tidak
akan pernah rela hidup menjadi isteri seorang suami yang mendoakan keridhaan
terhadap Aisyah ”, Mendengar itu, Beliau pun menjawab,.. “ Demikian juga aku, tidak mungkin bisa
hidup dengan seorang isteri yang selalu saja mencaci maki ibundaku, Aisyah
radhiyallaahu’anha ”....maka berpisah lah mereka...
Kerana bimbang ditangkap atau dibunuh oleh pemerintah regim Iraq dan Iran,
Syaikh
Al’Allaamah Abu ‘Ali Husain Al-Muayyid melarikan diri ke Yordania, lalu pindah ke Lebanon,
dan sekarang menetap di Jeddah, Arab Saudi. Ia mendapatkan perlindungan dan
keamanan dari Arab Saudi, dan sekarang beliau menjadi salah satu ulama yang
ditugaskan di Rabithah Al-’Aalam Al-islamiy di Jeddah.
Semalam, di Wesal TV beliau
mengisahkan perjalanan hidupnya, dari kecil, sewaktu menuntut ilmu di Hawzah
Nejf, dan Qum, hingga menjadi ulama rujukan (marja’) syiah di Iran dan Iraq
secara khusus, dan di dunia secara umum.
Update
Berita/http://www.nahimunkar.com
Link http://www.youtube.com/watch?v=Y_wObje0heY&list=UUZk2GecS237MmUZpXhv3VEw
0 comments:
Post a Comment