Sponsor

Monday, March 17, 2014

Pilot Wanita Pertama Afghanistan Kendalikan Pesawat Tempur, Memang Mengkagumkan...

Seorang Wanita Cantik dari Afghanistan ini telah membuktikan kemampuannya mengendalikan Pesawat Tempur. Leftenan Nilofor Rhmani merupakan Pilot Wanita Afghanistan yang pertama. Berusia 21 tahun, Niloofar Rhmani telah memperolehi Ijazah Sarjana Pilot Latihan Pesawat Afghanistan dan kini berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Udara Afghanistan di Pengkalan Udara Shindad.

Dalam Temuramahnya bersama Washington Times ditanya mengapa dia berminat untuk menyertai bidang ini, Rhmani menjawab , " Pertama, ia adalah cita-cita saya, dan kedua, saya ingin menunjukkan bahawa Afghanistan boleh mempunyai juruterbang wanita. Ia adalah satu kerja yang mampu dilakukan oleh orang perempuan juga, ia bukan satu kerja keras dan semua orang mampu melakukan nya...

Untuk Mencapai matlamat bukanlah mudah. Rhmani menghabiskan masa hampir setahun belajar Bahasa Inggeris di Kabul dan menjalani latihan di Pangkalan Udara Shindand hanya untuk layak menyertai program ini. Selepas itu, dia perlu melepasi kelayakan sebelum diterima menjalani latihan.
"Saya suka langit. Apabila saya melihat langit ... saya rasa sangat tenang , walaupun terbang. Saya suka, "kata Rhmani. Tetapi ia bukan sahaja impiannya malah katanya bapanya adalah pendorong kejayaan nya... “ Ia adalah impian ayah saya. Dia mahu saya menjadi seorang juruterbang, tetapi kerana masalah pada masa itu ... 40 tahun lalu, dia tidak boleh berbuat demikian. Saya ingin melengkapkan impian Bapa untuk menjadi seorang juruterbang ”...




Kata Rhmani .. “ Ia adalah satu penghormatan kepada saya untuk berkhidmat kepada Negara saya dan menjadi wanita pertama menyertai Bidang ini serta menjadi contoh kepada wanita lain selepas saya....Memang mengkagumkan....!!..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/