Perkataan ‘bomoh’ menjadi trending
seluruh dunia dan menerima retweet 200,000 kali dengan kebanyakannya mendakwa
ia perbuatan yang memalukan, lapor BBC.
“Ia sangat memalukan ‘Malaysia’ dan
‘bomoh’ berada dalam satu ayat,” kata satu tweet.
“Bodoh, memalukan dan takbur,” kata
tweet lain di BBC Trending.
Tweet berkenaan dihantar berikutan
sekumpulan bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
sebanyak dua kali mendakwa dijemput pemimpin kerajaan untuk membantu
menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370. Tetapi, mereka kemudian mengakui
tindakan itu dilakukan atas inisiatif sendiri.
Dengan menggunakan kelapa, teropong
buluh, pancing terbang dan tikar mengkuang, bomoh Ibrahim Mat Zin dilaporkan
melakukan ritual dan membaca mentera yang kononnnya akan melemahkan roh jahat...
MalaysianInsider/14 Mac, 2014...
MEMALUKAN NEGARA
Di Barat ,
pengguna media sosialnya melabelkan Najib sebagai pemimpin yang tiada otak serta
memalukan rakyat Malaysia kerana membenarkan upacara yang tidak masuk akal dan
bertentangan dengan kemajuan manusia itu diadakan sebanyak dua kali di KLIA
tanpa sebarang halangan.
Di Parlimen pula, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut menyelar kehadiran bomoh beserta amalan syirik dan berlawanan dengan ajaran agama itu serta menuntut kerajaan menjelaskan, siapakah yang membenarkan dan membayar untuk bomoh tersebut menjalankan kerjanya.
Di Parlimen pula, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut menyelar kehadiran bomoh beserta amalan syirik dan berlawanan dengan ajaran agama itu serta menuntut kerajaan menjelaskan, siapakah yang membenarkan dan membayar untuk bomoh tersebut menjalankan kerjanya.
Kata Anwar.."Ini amat memalukan, Siapa yang membenarkan, Siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan Khurafat dan kemudian Media Antarabangsa pula dipanggil buat liputan.
"Insiden ini perlu disiasat,ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai Negara Islam"....
0 comments:
Post a Comment