KUALA LUMPUR: Setelah mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno,
Khairy Jamaluddin kerana menempelak ritual yang dilakukannya di terminal
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bomoh Ibrahim Mat Zain, 80
muncul pula di perkarangan menara condong Teluk Intan untuk
melakukan ritual yang hampir sama.
Menggunakan teropong batang buluh,
beliau dilihat meneropong ke arah puncak menara condong di tengah-tengah bandar
Teluk Intan dengan ditemani seorang pembantu. Gelagat beliau dirakam para
pengunjung dan orang ramai yang berada di kawasan tumpuan pelancong itu.
Gambar-gambar aksi pelik Ibrahim mula
beredar di laman sosial sejak semalam. 'Raja Bomoh' yang menarik perhatian
media antarabangsa kerana ritual yang dilakukan di KLIA yang kononnya
untuk membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan
tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas
Ibrahim jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran
Islam sebenar.
"Jais menerima banyak aduan
daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook JAIS,
berhubung perbuatannya. "Merujuk kepada aduan itu, JAIS
sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada Bernama.
Pada 12 Mac lalu, Ibrahim dilapor
melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki
memegang dua biji kelapa dan bakul yang tidak diketahui fungsinya.
Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut
muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Beliau juga memberitahu pernah
terserempak dengan makhluk hitam di udara ketika menaiki pesawat daripada "Kuala
Lumpur ke Kota Kinabalu dan singgah di Tawau".
Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.
Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.
HD/17 Mac 2014...
0 comments:
Post a Comment