KAJANG 14 MAC:
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang masuk
hari keempat hari ini digemparkan dengan penemuan risalah fitnah terhadap calon
KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Barisan Nasional
(BN). Perkara itu didedahkan Ketua
Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie pada sidang media di Bilik
Gerakan Utama, Kajang, pagi tadi.
Menurut Shuhaimi, risalah fitnah
tersebut antaranya bertajuk ’10 sebab pengundi Kajang perlu tolak Wan Azizah’,
‘Sate Town’ Kajang dan ‘Wadah PRU 13′ dijumpai oleh ejen pilihan raya KEADILAN.
“Risalah yang kita anggap sebagai
propaganda kotor BN itu dijumpai oleh ejen kita semalam.
“Setakat ini risalah tersebut telah
diedarkan di beberapa Daerah Mengundi antaranya Saujana Impian, Sungai Chua,
Sungai Sekamat dan Sungai Kantan.
AKAN BUAT LAPORAN POLIS
“Kita akan buat laporan polis selepas
solat Jumaat di Balai Polis Kajang mengenai penyebaran fitnah ini,” jelas
Shuhaimi yakin risalah tersebut diedarkan oleh BN.
Selain itu, menurut laporan media,
turut diedarkan risalah fitnah bertajuk ‘Selangor Hari Ini’ mengandungi 16 muka
surat.
Difahamkan, semua risalah berkenaan
tidak mempunyai nama penerbit dan pencetak.
Risalah fitnah ‘Selangor Hari Ini’
antara lain di muka hadapannya memuatkan tulisan ‘ghairah jadi MB’ dan ‘Pakatan
berpecah’, menampilkan gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim;
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Wan Azizah pula turut dibandingkan
dengan calon BN, Chew Mei Fun menerusi risalah ‘Sate Town’, pada versi
yang berbeza. Risalah empat muka surat itu antara
lain memburuk-burukkan strategi ‘Langkah Kajang’ Pakatan Rakyat.
Ekoran itu, Shuhaimi yang juga Adun
Sri Muda menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan segera
berikutan penyebaran fitnah itu selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Seksyen 11 (1) (C).
Hadir sama pada sidang media itu,
Timbalan Pengarah PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat
KEADILAN, Khalid Jaafar dan Adun Dusun Tua, Razali Hassan.
Keadilandaily/14 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment