Lebih 60 Jam berlalu. Dunia menumpukan perhatian terhadap hilang
nya Pesawat MAS MH370. Sehingga kini belum ada keputusan rasmi mengenai punca
kehilangan. Berbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat telah diterjemah
pelbagai pihak. Namun semua nya meleset. Kehilangannya masih menjadi
misteri....
Di India, seorang ‘Arkitek Pasir’ mengambil kesempatan untuk
menyatakan rasa kesedihannya. Sudarshan Patnaik, turut merasakan apa yang orang
lain rasa. Namun caranya agak berbeza seperti yang kita lihat di luar sana.
Foto yang disiarkan oleh Reuter pada hari Isnin 10 Mac 2014 mengambarkan betapa
Sudarshan Patnaik begitu kreatif. Simboliknya pada kreativiti ini memberitahu
kita semua betapa pilunya bila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang..
Sudarshan melirik beberapa patung-patung pasir dengan pelbagai raut
wajah. Terlihat pada patung-patung itu, raut wajah yang membayangkan kesakitan
dan ketenangan. Sudarshan membentuk sekitar 7 wajah
dari pasir-pasir di pantai di Puri, di Negara bahagian India Timur Odisha.
Ketujuh bentuk wajah dari pasir itu mengambarkan usia yang berbeza, mulai dari
anak-anak hingga orang dewasa.
Sudarshan mula melakar ‘wajah pasir’ tersebut
pada 9 Mac 2014. Sehari selepas berita mengenai kehilangan Pesawat MAS MH 370.
Diakui, hasil karyanya begitu indah dan menarik meskipun diri beliau sendiri
diulit dengan kesedihan. Pada Admin, Lukisan yang dilakarnya ini juga menggambarkan
apa yang beliau sendiri lalui dan rasakan. Tak hanya melakar bentuk wajah yang
ia buat, namun juga tulisan 'Pray God' dari pasir yang diberi warna merah,
serta 'Miracles do Happen' dalam pasir yang diberi pewarna biru. Selain itu, ia juga
melakarkan sebuah pesawat bertuliskan Malaysia dan lambang MAS. Semuanya
seolah-olah mirip dengan apa yang kita saksikan sekarang di dunia luar sana.
Benar-benar satu karya yang menarik !!...
TIANG SERI / 10 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment