Pilihanraya Umum Turki pada 30 Mac 2014 sekali lagi
mencatatkan kemenangan bagi Parti AKP Pimpinan Recep Tayip Erdogen. Kemenangan
ini dianggap satu kejutan buat Erdogen ketika dirinya menjadi sasaran
pertuduhan melakukan korupsi serta memerintah secara autokrasi. Dipetik dari
BBC 31/3/2014, selepas memenangi pilihanraya umum, Erdogen menyatakan kemenangan
itu adalah satu kepercayaan dari warga Turki selama pemerintahannya. Erdogen
mengucapkan terima kasih kepada semua pendukung nya dan menyebut kemenangan ini
sebagai kelanjutan cita-cita rakyat terhadap negara Turki.
“Kalian telah mendukung Perdana Menteri kalian, saya
sangat berterima kasih. "Kalian telah melindungi perjuangan bagi
kemerdekaan baru di Turki,"...ucap Erdogen sambil disambut gembira para
pendukung nya..
Dalam pilihanraya umum itu, Parti AKP memperolehi 47.6 peratus undi, 25.5
peratus dari Parti Rakyat Republik dan 13.7 peratus dari Parti Gerakan
Nasional.
Kemenangan Parti AKP dan Erdogen dianggap paling layak setelah AKP
berkuasa lebih dari 10 tahun telah berjaya mengubah Turki dan keseluruhan
rakyat menjadi lebih baik. Kestabilan Politik tetap terjaga serta pertumbuhan
ekonomi Turki meningkat ditengah-tengah krisis ekonomi yang melanda negara-negara
kesatuan eropah ketika ini.
Kemenangan Erdogen juga memang diharapkan oleh Dunia Islam yang lain
memandangkan Erdogen antara Pemimpin yang berani dan lantang termasuk peranan
nya yang penting di Dunia Islam. Turki bukan ‘kantung’ barat atau Israel. Tidak
seperti negara- negara Timur Tengah yang lain seperti Arab yang sekarang
dilihat menjadi ‘kakitangan’ Amerika dan Zionis.
0 comments:
Post a Comment