Sponsor

Friday, March 21, 2014

Ketrampilan Dan Gaya Kepimpinan Tan Sri Khalid Memberi Kelebihan Untuk PR Kekal Memenangi DUN Kajang...

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pola kajian yang dijalankan Universiti Selangor (Unisel) dan empat lagi universiti lain yang mahukan beliau terus menerajui Selangor sebagai rangsangan dan perkara sampingan.

Abdul Khalid beranggapan hasil kajian berkenaan tidak perlu diperbesarkan, bagaimanapun tetap menjadikan dapatan kajian itu sebagai rangsangan untuk bekerja lebih kuat.

"Perkara yang paling penting ialah PKR dan rakan-rakan dalam PR bekerja kuat bagi menentukan kemenangan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dapat menawan hati lebih ramai pengundi di Kajang melebihi kemenangan sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas ceramah dan majlis penyampaian sumbangan kepada 30 rakyat di Sungai Jelok, semalam.

Semalam, Ketua Penyelidikan Kajian Pola Pengundian PRK Dun Kajang, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis membentangkan, seramai 63 peratus penduduk Kajang tidak mahu jawatan menteri besar (MB) itu digantikan dengan pemimpin baharu.

Kajian  dilakukan oleh Unisel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dalam pada itu, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung kelangsungan Langkah Kajang. "Langkah Kajang ini ialah untuk pergi ke Putrajaya jadi tak jadi masalah kita akan teruskan sehingga  dapat menguasai Putrajaya," katanya.
SH/21 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/