Sponsor

Thursday, March 13, 2014

Tan Sri Annuar Musa Gesa Semua Pihak Bantu Kelantan Laksana Hudud...

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa semua pihak bukan sahaja menyokong malah membantu usaha kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah atau lebih dikenali sebagai hudud, di negeri itu.
Berucap ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, pemimpin Umno itu menegaskan, tiada sebab untuk menolak hudud kerana tugas melaksanakan syariat Allah adalah wajib bagi umat dan pemimpin Islam. Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di Kelantan kerana telah mempelopori usaha pelaksanaan undang-undang Islam di negeri itu.

Di Kelantan kata beliau, usaha ke arah pelaksanaan itu sudah melepasi tiga peringkat utama eksekutif, legislatif dan judiciary dan perkembangan yang diterima sangat membanggakan.


TAN SRI ANNUAR MUSA.... 
"Saya mengesyorkan, agar setidak-tidaknya jika negeri lain tidak bersedia, maka tidak harus dihalang untuk dilaksanakan hudud di Kelantan seperti yang dihasratkan oleh rakyat dan kerajaan negeri Kelantan.

"Langkah-langkah untuk perlaksanaannya perlu disegerakan. Kalau dianggap konsensus nasional, barang kali inilah titik pertama yang perlu diusahakan," kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Beliau juga memuji tindakan PAS kerana telah menunjukkan contoh dakwah Islam yang baik apabila menjalin hubungan akrab dengan PKR dan DAP.

Kata beliau, hubungan akrab atas landasan dakwah itu penting ke arah memahamkan bukan Islam terhadap keadilan Islam sekaligus menarik sokongan mereka untuk pelaksanaan undang-undang syariah Islam. "Saya baca perlembagaan, Perdana Menteri tiada kuasa untuk halang pelaksanaan hudud selagi dibuat mengikut peraturan. "Saya harap satu pendekatan positif dibuat dan disokong oleh semua pihak termasuk DAP ke arah pelaksanaan undang-undang ini.

"Private bill boleh dibawa oleh sahabat-sahabat dari PAS dan dibincangkan di peringkat parlimen," kata beliau.

Harakahdaily/13 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/