Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin
Abu Bakar menyifatkan seluruh rakyat di Malaysia sekarang mahu menampar Raja
Bomoh Ibrahim Mat Zin kerana memalukan Malaysia. "Dia seorang hendak tampar saya
tapi saya rasa satu Malaysia hendak tampar dia sebab memalukan Malaysia,"
kata Khairy sambil ketawa.
"Perbuatan dia syirik, khurafat.
Jadi saya tidak mahu layan," katanya sebagaimana dilaporkan oleh
Malaysiakini hari ini. Beliau berkata demikian ketika
ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai
Jelok, Kajang, lapor portal berita itu.
Khairy berkata demikian sebagai
mengulas kenyataan bomoh itu yang memberikan amaran akan menampar Khairy kerana
meminta beliau ditangkap oleh pihak berkuasa selepas membuat dua ritual di
Lapangan terbang KLIA untuk mencari kapal terbang MH370 yang hilang.
"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia....“Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan," kata Ibrahim dalam satu klip video YouTube disiarkan blog www.suara.tv. "Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," kata Ibrahim.

Sebelum Khairy memberi jawapannya
hari ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainol Abidin berkata, Malaysia
memerlukan menteri seperti Khairy dan Malaysia tidak memerlukan tahyul bomoh. Beliau berkata demikian melalui
Twitternya merujuk kepada berita bomoh yang menyematkan logo 1Malaysia pada
bajunya itu yang mahu menampar Khairy.
Seorang penganalisis politik Malaysia, Wan Saiful Wan Jan dalam Twitternya juga melahirkan rasa tidak senang dengan kegiatan bomoh itu. "Seorang perwakilan Arab bertanya "Awak menghalang Kristian menggunakan Allah, tetapi awak melihat Allah digunakan untuk sihir? Apa masalah dengan awak ini orang Malaysia?" tulis Wan Saiful, Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, sebuah badan pengkaji politik di negara ini.

MI/15 Mac, 2014.
#cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga
ReplyDeleteInsha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483