KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari
ini berpantun di Dewan Rakyat menyentuh kemenangan PKR pada PRK Dun Kajang
semalam. Beliau mengambil kesempatan itu
ketika mengemukakan soalan nombor dua pada sesi soal jawab lisan di Dewan
Rakyat hari ini.
Pantun beliau berbunyi:
"Pakatan Rakyat semalam gembira,
"Kemenangan Kajang membawa ke Putrajaya,
"Saudara menteri diminta bersedia,
"Menjawab soalan saya yang kedua,"
"Kemenangan Kajang membawa ke Putrajaya,
"Saudara menteri diminta bersedia,
"Menjawab soalan saya yang kedua,"
kata Pengarah Pilihan Raya PKR
bagi PRK Kajang itu. Pada PRK Kajang semalam, calon PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan lsmail memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri
(Dun) Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Dr Wan Azizah meraih 16,741 undi
manakala calon BN, Chew Mei Fun memperolehi 11,362.
Sementara itu, Abdul Khalid yang juga
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam soalannya bertanyakan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani berhubung tahap kejayaan Tekun dalam membantu golongan
belia di negara ini dan adakah jumlah pinjaman yang diberi berpadanan dengan
kejayaan yang dicapai.
HD/24 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment