Sponsor

Thursday, March 27, 2014

‘Saya Takut Pada Tuhan’..!.. Betul Ke Yang Kau Takut Pada Tuhan.?.Atau Kau Takut Pada Undang-Undang Dunia..?..

Sarjana Kassim Ahmad hari ini meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap penahanan dan pendakwaan terhadapnya di mahkamah syariah, antaranya atas tuduhan menghina Islam. Katanya, dia tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya hanya menyuarakan pandangan yang berbeza dalam seminar pemikirannya Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Februari lalu. 
"Saya bukan buat apa. Saya cuma bagi pendapat berbeza dengan orang lain. Salahkah ? "Saya bukan buat apa. Saya cuma bagi pendapat berbeza dengan orang lain. Salahkah ? “ Hah, perbezaan pendapat salah? Ini tamadun apa?” soalnya kembali ketika diminta mengulas penahanan dan pendakwaan terhadapnya selepas selesai diikat jamin.
Kassim didakwa bawah Seksyen 7(b) dan Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen itu berkaitan memetik kandungan bukunya yang diharamkan serta mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, majlis agama Islam atau mufti.
Dia mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jami RM3,000 untuk setiap kesalahan.
'Saya takut pada tuhan'
Bercakap kepada pemberita, Kassim menyifatkan tindakan terhadapnya itu sebagai 'gila' dan dia tidak takutkannya. "Ini hutan rimba punya undang-undang! Gila! Cakap kepada mereka, gila, gila, kamu gila ! "Saya tak peduli kepada siapa. Saya takut pada tuhan! Saya jawab pada tuhan!” katanya dengan nada yang tinggi. “JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pun kena jawab pada tuhan juga. Habis cerita!” katanya.
MK/27 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/