Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menyatakan yang "mereka kini berusaha untuk jangka masa panjang" dalam misi mencari dan menyelamat.
Tegasnya, matlamat utama kini kekal untuk mencari pesawat yang hilang. Ditanya jika beliau sudah menjelaskan situasi tersebut kepada keluarga penumpang dan anak kapal - tentang kemungkinan kesudahan yang jelas tidak akan diperolehi dalam jangka masa terdekat - Hishammuddin menjawab: "Ia amat sukar".
"Satu-satunya jawapan yang mereka mahukan, adalah juga jawapan yang kita tidak ada... di mana orang tersayang mereka dan di mana pesawat tersebut?" tambahnya.
Sewaktu keluarga penumpang-penumpang China berang dan
mempertikaikan sama ada kerajaan Malaysia boleh dipercayai dalam menjelaskan
isu ini, Hishammuddin bagaimana pun menjelaskan yang perbincangan "membina
dan jujur ” berlangsung dengan pihak berkenaan, di Kuala Lumpur semalam.
Usaha mencari akan diteruskan melibatkan pelbagai negara dari
seluruh dunia dan diselaraskan Malaysia. Kami terus menerima tawaran bantuan,
termasuk aset khusus yang dapat membantu operasi mencari dan menyelamat. Kami
mengalu-alukan semua bantuan tatkala kami meneliti semua petunjuk berwibawa. "
MK/21 Mac 2014
TIANG SERI - Lima Belas hari sudah berlalu. Kehilangan Pesawat MH370 milik MAS belum ditemui. Bukan sahaja Rakyat Malaysia, malah seluruh Masyarakat Dunia amat bersimpati dengan tragedi ini. Spekulasi demi spekulasi muncul dengan berbagai dakwaan. Namun semua Spekulasi ini gagal dibuktikan melalui penyiasatan yang di buat. Sebagai Rakyat Malaysia yang prihatin, kami mendoakan semoga semuanya berakhir dengan selamat. Apapun keputusan yang diperolehi nanti, kami redha dengan hati yang ikhlas. Kepada Kerajaan Malaysia, Kami mengucapkan Syabas dan Tahniah atas usaha yang dibuat. Sebagai Rakyat Malaysia, kami tetap berdiri teguh dan sentiasa mempertahankan setiap tohmahan dari pihak luar terhadap Isu Kehilangan MH370 ini...Kami juga amat percaya dan yakin bahawa ini lah Qada dan Qadar Allah terhadap terhadap hambanya...
0 comments:
Post a Comment