BEIJING - CHINA. Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel
Lido di sini selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib
Tun Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) Kuala Lumpur .
Menurut ABC,
kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi mereka
selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan terhempas di selatan Lautan Hindi. Keluarga penumpang
yang berada di hotel berkenaan dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak
dapat menerima kenyataan terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17
hari lalu.Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung. Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa. "Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu. Namun, situasi tegang dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan.
Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini tercetus.
SH/24 Mac 2014
Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang
hilang. Malam ini saya
diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK
(AAIB).
Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut
terhadap data itu. Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

0 comments:
Post a Comment