Sponsor

Monday, March 3, 2014

Sokongan Pengundi Cina Tetap Kekal Bersama Pakatan Rakyat...

CHEW Mei Fun dan MCA menyertai Pilihan Raya Kecil Kajang dengan modal parti itu adalah baru, bukan lagi MCA dalam masa 20 tahun  dulu. Dengan mengira ia sudah berubah, belum cukup untuk mengubah sikap pengundi Cina yang sekurang-kurangnya sudah tiga kali menolak calon MCA.
 Pengundi Cina Kajang adalah penuntut pilihan raya DUN itu selama ini. Justeru ia setia pada BN sebelum PRU 2004, pembangkang baik PAS mahupun DAP gagal merampas Kajang. PAS boleh menang apabila pengundi Cina mengundi Dr Shafie dalalm PRU 2004.
Pengundi Cina Kajang adalah antara pengundi Cina yang awal di seluruh negara melepaskan sikap sentimen Cinanya apabila calon MCA berdepan dengan calon PAS. Jika pengundi Cina lari dari MCA kepada DAP adalah perkara biasa. Tetapi pengundi Cina undi siapa saja asal bukan MCA dan pilihan mereka pula PAS adalah satu sikap menarik perhatian.
Ertinya pengundi Cina Kajang sejak tahun 2004 telah keluar dari kepompong perkauman. Apabila persempadanan baru selepas 2004, sebahagian  Kajang dimasuk ke DUN Bangi, Dr Shafie melepaskan Kajang kepada Bangi, maka Kajang diberi kepada PKR dengan calonnya Cina. Cina memilih Cina PKR, tidak memlih Cina BN.
Kalau Cina Kajang sedia memilih Melayu PAS asal bukan MCA, maka lebih mudah Cina Kajang memilih Cina PKR kalau isu perkauman dibangkitkan. PRU13 Cina Kajang menolak lagi  MCA. Sudah tiga PRU Cina Kajang menolak MCA/BN. Ini tanda Cina Kajang bebas dari gejala perkauman.
Dalam susana ini Mei Fun jadi calon MCA yang baru dan berubah. Tentulah Cina hendak tengok perubahannya dulu. Setakat ini yang berubah pimpinan. Jika pun MCA berubah, bagi Cina Umno dan Najib belum berubah. Perubahan MCA tidak memadai kerana MCA belum bebas dari stigma Umno  dan Najib.

Apa yang MCA harapkan dari Cina Kajang adalah perkauman Cinanya. Janji perubahan dan ia MCA baru tidak memberi jaminan, kerana antara Cina Kajang itu adalah anak muda yang bersama DAP dan PKR. MCA tegar adalah MCA tahun 1950-an. Kebanyakannya sudah mati. Cina baru dibangunkan atas bebas dari perkauman adalah bersama DAP dan PKR yang bersekutu dengan PAS.
Yang MCA lawan sekarang ialah Anwar Ibrahim. Peratus Cina yang menyokong Anwar lebih tinggi dari peratus Melayu. Yang bencikan Anwar hanya Melayu Umno.
Presiden baru MCA Liow Tiong Lai datang ke Kajang dengan modal hendak mendedahkan keburukan Anwar. Yang mengata Anwar buruk Dr Mahthir dan Najib saja. Apakah mereka tidak dilihat buruk oleh Cina? Dan MCA pula tidakkah buruk. Anwar tidak perlu kata MCA buruk, lepaskan Lim Kit Siang dan DAP serta Tian Chua, mereka boleh ceritakan apa pula buruknya MCA.
Jika MCA kata Anwar buruk, Cina Kajang akan membuat perbandingan siapa lebih buruk antara Anwar, Najib dan Dr Mahathir?
Selain Allah, hanya Cina tahu siapa lebih buruk antara ketiga itu. Waktu PRK Kajang ini, rasanya eloklah Najib tidak datang ke Kajang. Ia tidak akan menguntungkan calon MCA. Najib boleh dibawa ke tengah orang Melayu saja. Tugas MCA sekarang  ialah meyakinkan Cina tentang Najib lebih utama dari memburukkan Anwar. Sebelum ia dapat meyakinkan Cina tentang Najib, ia perlu yakinkan Cina tentang MCA dulu.
Sumber Artikel Harakahdaily / Feb 28, 2014 / Subki Latif
Sumber Foto : Rakan2 Facebook



GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN TIADA SAMBUTAN TERHADAP KEMPEN BN
BIAR GAMBAR SAHAJA YANG BERBICARA

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/