Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam
yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985. Selepas hampir 30 tahun peristiwa
Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China
sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya sedang kaji kebenaran
tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu
lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata
Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia
di Istana Hotel hari ini.Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam
“Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan
yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini
Turut serta sebagai panel ialah Naib
Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus
Yusof bertindak sebagai moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus
berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:
"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Sebelum ini, semua maklumat yang
disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. –
MI/29 Mac, 2014.
0 comments:
Post a Comment