Sudah masuk 5 hari kehilangan MH370.
Belum ada petunjuk jelas ke mana hilangnya jasad pesawat. Perbahasan dikalangan
pakar penerbangan, ahli politik, kerajaan dan pembangkang sehinggalah rakyat
jelata melalui FB rancak berlangsung.
Dalam mengikuti setiap perkembangan
operasi menjejak MH370, timbul satu kebimbangan dan kerisauan di hati. Memang
kita perlukan pertolongan dan bantuan rakan-rakan negara lain untuk bersama
membantu kita, tetapi terlihat seolah-olah tekanan pihak luar kepada pasukan
keselamatan dan operasi negara semakin kuat.
Dengan teori pemalsuan pasport 2
warga Iran yang juga menaiki pesawat MH370 telah menarik masuk anasir
"polis dunia" untuk sama-sama menyiasat. Penerimaan secara rasmi.
Pagi tadi, satu temuramah di dalam
radoi IKIM juga, panel ada menyebut pihak Pentagon telah scan dan tidak
mengesan sebarang letupan luarbiasa pada pagi kejadian. Penglibatan pelbagai armada dari
Singapore dan lain-lain rakan ke dalam misi pencarian adalah baik namun perlu
waspada.
Pada masa yang sama, ada negara luar
yang mempertikai dan "memperlekeh" kredibiliti pasukan negara
Malaysia mengundang rasa kurang senang. Memang kita akui, sikap segelintir
pemimpin negara mengundang persepsi kelemahan kepada negara. Apatahlagi
ditambahlucukan oleh Raja Bomoh dengan teropong buluhnya. Memberi gambaran
kelemahan dalam negara.
Dalam situasi ini, kita amat
memerlukan tangan-tangan jiran dan rakan dunia kita untuk membantu, tetapi
harus waspada yang teliti supaya maruah dan kedaulatan negara kita tetap
terpelihara. Jangan kita menyambut tangan yang akan mencubit dan menampar jika
ada peluang. Biarlah kita bicara kelemahan negara
kita sesama kita, sebagai sebuah keluarga. Bersikap tegas dengan pihak luar
supaya kelemahan kita yang pastinya ada, tidak ditertawa oleh mereka.Pohon kepada seluruh rakyat Malaysia
bersolidariti di dalam isu ini...ketepikan seketika rasa tidakpuas hati. 'Besarkan jiwa kita, jiwa rakyat merdeka'.....
0 comments:
Post a Comment