DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari
ini menzahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal
pesawat Malaysia Airlines (MH370) yang hilang pada Sabtu.
"Di kesempatan ini, Beta dan Raja
Permaisuri Agong bersama rakyat Malaysia amat prihatin terhadap insiden yang
berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu, 8
Mac," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua
Parlimen Ke-13.
Seri Paduka juga berharap agar anggota keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat dapat bertenang dan tabah menerima ketentuan tersebut.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penerbangan MH370 tersebut terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ia membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China serta 38 rakyat Malaysia. - Bernama

Harakahdaily/10 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment