Sponsor

Thursday, March 20, 2014

" Macam Mana Pokok Nak Subur..?.. Sebelah Tangan Taruh Baja Sebelah Kiri Taruh Racun "...!!..

Merujuk kepada penganjuran Festival Future Music Asia (FFMA) di Stadium Nasional Bukit Jalil 14 Mac lalu, Idris berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan seolah-olah 'merosakkan' moral generasi muda dengan meluluskan konsert bebas dadah dan alkohol. "Dasar-dasar kerajaan bercanggah antara satu sama lain. Kementerian Pendidikan suruh mendidik budak-budak, Kementerian Pelancongan anjur konsert yang merosakkan budak-budak.
"Macam mana pokok nak subur, sebelah tangan taruh baja sebelah kiri taruh racun. Yang jadi masalah ialah guru dan mak bapa.
"Kementerian pula salahkan cikgu kononnya gagal mendidik pelajar padahal kementerian lain tak usaha nak bendung masalah moral dan akhlak generasi muda," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga hairan dengan sikap kerajaan yang dengan mudah meluluskan permit konsert sedemikian yang akhirnya mengakibatkan kematian enam anak muda, empat daripadanya Melayu.
"Mengapa mudahnya kerajaan meluluskan permit untuk konsert begini dalam pada banyak program-program ilmiah, ceramah agama disekat.
"Kerajaan sedang menyuburkan budaya barat yang lebih banyak mendatangkan kesan negatif berbanding positif selain bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran," katanya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat.
Menyentuh mengenai penggunaan dadah, beliau berkata masalah dadah berkat rapat dengan amalan rasuah dalam negara.
"Sebelum basmi penggunaan dadah, kena basmi rasuah. Ibu segala kejahatan adalah rasuah. Dadah boleh masuk ke dalam negara walaupun agensi-agensi yang ada cukup hebat berpunca daripada amalan rasuah yang membolehkan negara dibolosi dengan dadah," katanya.
Sementara itu, beliau menyeru anak muda sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam agar menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.
"Saya nasihatkan kepada yang bukan Islam, kamu kasihan pada mak ayah kamu. Mak ayah pelihara kamu dari kecil sampai besar kalau kamu buat perkara tida baik mak ayah kamu yang tanggung malu. Sepatutnya bila dewasa kamu yang akan pelihara mereka.
"Kepada yang beragama Islam, yang akan mendoakan mak ayah bila mereka mati kamu sendiri. Umur semakin tua sepatutnya masa muda bersedia untuk masa tua," nasihatnya.
HD/20 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/