Sponsor

Saturday, March 29, 2014

Dasyatnya 'Sakratul Maut' Untuk Pemimpin Yang Zalim...Allahuakbar....!!..

Lihat, apa Kamal Atartuk kata.. “ Ketahuilah, Aku dapat membuat negara Turki menjadi negara Sekular, bila aku dapat hidup lima belas tahun lagi. Tetapi jika aku mati sekarang, itu akan memerlukan waktu tiga generasi.”...Begitulah Kamal Ataturk, cakapnya begitu angkuh di atas kekejaman terhadap Islam, Kamal dikenali sebagai pencetus Idea Sekular untuk Turki, penghancur kekhalifahan Turki.
Kamal Atartuk memang zalim. Khianat terhadap Islam. Kalaulah ditakdirkan Kamal Atartuk hidup dizaman Nabi, rasanya tentu namanya akan di‘abadi’kan sebaris dengan nama-nama penzalim yang lain seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab. Namun ‘Allah tetap Maha Bijaksana’ telah hidupkan Kamal Atartuk pada akhir zaman sebagai pengajaran untuk umat manusia yang jauh dari kehidupan Para Rasul. Malang juga, Manusia sebaya Kamal atau selepasnya gagal untuk manfaatkan peristiwa ini sebagai satu pengajaran dan tauladan untuk dijauhi malah trend Kamal pula terkadang di ‘copy paste’ untuk dijadikan Model pemerintahan....
Tahukah kita, bagaimana siksaan Allah pada akhir masanya?
Allah Maha Kaya. Setiap penzalim ada balasan nya. Cara kematian yang Allah datangkan kepada penzalim itu teramat pedih. ‘Kematian yang Unik’..Contoh Namrud, Siksanya hanya kerana seekor nyamuk saja  yang masuk ke lubang telinga, setiap kali nyamuk bergerak, kepala Namrud akan terasa sakit. Setiap kali itulah kepala Namrud akan diketuk untuk menghilangkan rasa sakit. Lagi kuat Namrud mengerang, lagi kuat kena ketuk sehinggalah Namrud pun mati.
Sama juga dengan Firaun. Hebatnya sehingga mengaku Tuhan. Habis semua rakyat Mesir di tipunya. Bertubuh kecil sahaja. Tapi dengan kuasa yang ada, Firaun melakukan apa saja kehendak nya. Akhirnya Firaun juga dibinasakan Allah dalam keadaan yang hina. Semua cerita-cerita ini telah Allah gambarkan di dalam Al Qur’an.
Kamal Atartuk...?..teruk juga  siksaan nya. Mengikut catatan yang ditulis sejarawan, kematian nya disebabkan pelbagai penyakit. Malaria, penyakit kelamin, Ginjal dan Over Dos minuman keras dan pelbagai lagi. Menjelang kematiannya, kulit badan nya makin mereput sehingga kulit badannya akan tertanggal jika digosok dengan kuat. Badan nya sentiasa kepanasan seperti terkena bahang api neraka. Beliau akan menjerit sekuat-kuatnya sehingga kedengaran dari luar Istana. Ada ketikanya, Beliau dibawa ketengah laut untuk menyejukan badanya, tapi air laut pun tak mampu untuk menyejukan badan nya...
Pada 29 September 1938, Kamal Atartuk koma selama 48 jam. Sekali lagi Kamal koma untuk kali kedua pada 9 November selama 36 jam dan akhirnya mati. Beliau meninggal pada 10 November 1938.
Ingatkan bila dah mati tamatlah segala sengsara, rupanya tidak ? 
Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu pula setelah kematiannya. Mayatnya tidak dimandikan, tidak dikafankan, tidak disembahyangkan dan tidak dikebumikan dengan segera seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diawetkan dan diletakkan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.
Selepas itu barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Museum Etnografi di Ankara yang berdekatan bagunan parlimen.
Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan.Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya.
Begitulah cara Allah mengirimkan azab untuk penentang Nya di dunia ini…Semoga para penguasa yang zalim dan masih diberikan kekuasaan oleh Allah SWT, dapat menginsafkan diri, segeralah  bertaubat dan berubah menjadi pembela Islam dan membela kehidupan rakyat seadil-adil nya....…aamiin ya Robbal Alamin....Wallahuaklam....
TIANG SERI / 28 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/