Kehilangan Pesawat ternyata banyak berlaku
sebelum ini. Bukan sahaja dikawasan paling ditakuti Dunia Penerbangan atau
Pelayaran seperti ‘Segitiga Bermuda’, namun ditempat lain dari itupun pernah
terjadi kehilangan Pesawat sehingga tidak dapat di kesan sehingga kini.
Di petik dari pelbagai sumber, kehilangan
Pesawat-pesawat ini sudah hampir berjumlah 123 buah yang hilang. Dicatatkan
hanya 35 buah pesawat sahaja yang dikesan hilang disekitar ‘Segitiga Bermuda’,
selebihnya, kehilangan Pesawat boleh juga berlaku ditempat lain termasuk
dilautan dan daratan.
Lihat beberapa Pesawat yang pernah dicatatkan hilang tanpa dapat
di kesan antaranya -
1. Boeing 727-223 - N844AA
Sebuah pesawat jenis Boeing
727-223 / N844AA hilang dan didakwa telah dicuri pada 25 Mei 2003 namun sehingga
kini pesawat itu belum juga ditemui. Pesawat itu menghilang dari Bandar Udara
Quatro de Fevereiro, Kota Luanda, Angola dan pernah digunakan oleh perusahaan
American Airlines berpengkalan di Kota Miami, Amerika Serikat.
Pesawat
ini sebenarnya telah dijual kepada perusahaan TAAG Angola Airlines.?..Namun
Pesawat ini perlukan pembaikan keseluruhan. Kehilangan nya menjadi tandatanya..?..dan
lebih Misteri bila seorang mekanik pesawat tersebut ‘Ben Charles Padilla’ juga
turut menhilangkan diri pada waktu yang sama.
Keluarga
Padilla menyakini dia memandu pesawat itu dan terjatuh di hutan-hutan di
Afrika dan tidak dapat dikesan oleh radar...??..
2. Antonov An-72 - ER-ACF
Sebuah Pesawat kargo jenis
Antonov An-72 milik Syarikat penerbangan ER-ACF di kesan telah hilang ketika
dalam perjalanan dari Bandar Udara Port Bouet, Pantai Gading menuju Bandar
Udara Rundu di Namibia pada 22 Desember 1997.
Tidak
diketahui dimana letak koordinat terakhir pesawat ini. Hanya
diketahui terdapat lima penumpang dalam Pesawat itu. Radar terakhir yang dapat
dikesan ketika berada di Lautan Atlantik. Banyak pihak berspekulasi pesawat itu
ditembak Angkatan udara Angola dan tenggelam di perairan tersebut....

3. Antonov An-32 - K2729
Sebuah pesawat berjenis
Antonov An-32 / K2729 dikesan hilang di perairan Lautan Hindia sekitar 450
kilometer dari Kota Jamnagar, India. Pesawat bersama dengan tujuh orang penumpang hilang kontek beberapa saat setelah berlepas
dari landasan. Catatan pesawat bakal mendarat
di Bandar Udara Muscat Seeb, Oman. Pesawat ini dimiliki oleh Syarikat
Penerbangan India Airlines ini merupakan pesawat penumpang kecil. Peristiwa nahas
itu terjadi pada 25 March 1986 dan hingga kini K2729 belum ditemukan....
0 comments:
Post a Comment