DALAM politik tiada yang mustahil. Kedua calon bisa membuat kejutan dalam PRK Dun Kajang apabila keputusan diumumkan Ahad malam 23 Mac. Jangan hairan jika Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti jentera berat beroda besar bergerak dengan perlahan-lahan merata tanah dalam Dun Kajang - lebih rata lagi dari yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh dalam PRU13. Mei Fun, calon BN dari MCA juga Ketua Wanitanya, juga boleh membuat kejutan (menang) tetapi mengikut banyak analisis minggu ini peluangnya melakukan demikian tipis walaupun MCA agak optimis Mei Fun dapat membetulkan kesilapan pengundi dalam Dun Kajang yang berjumlah 39,278 terdiri daripada 48 peratus Melayu Islam, 41 peratus Cina, 10 peratus India dan bakinya lain-lain dalam pilihan raya umum lalu.
Dun Kajang, sebuah kawasan urban (bandar) maka lazimnya pengundi tidak memerlukan seorang “pegawai kebajikan masyarakat” sebagai wakil mereka.
Pengundi dalam bandar dan kawasan semi-urban mengikut sejarah (dan pengalaman saya) ingin ‘jurucakap' di Dun Selangor yang credible dan berpengaruh; seorang yang berpotensi memimpin negeri atau duduk dalam Kabinet Negeri Selangor (Exco).
Ini kerana, tegas an associate of Speaking, "the central role in Malaysian politics now is to break down stereotypes and erase the mistrust. For a long time Malaysians see each other too much through the dangerous prism of stereotype"- yakni terlampau ramai rakyat Malaysia melihat dan bertindak dalam politik dari segi perkauman; masa sudah tiba syak wasangka antara satu sama lain dipadamkan.
Apabila Speaking asked him to elaborate ini jawabnya: "It is now time to start building the understanding and trust among various races we so urgently need”. Maksudnya, masa sudah tiba untuk semua bangsa berdialog mencari perpaduan dan solidariti. Kalaulah ini yang dikehendaki oleh pengundi di Kajang siapa antara dua tokoh wanita ini lebih efektif dan berkesan?
Kedua adalah bekas MP yang berpengalaman, kedua juga satu masa berhigh profile. Soal dalam situasi kini siapa, saya tegas di sini, yang lebih wajar untuk peranan itu dan juga bertindak sebagai penyambung lidah menjuarakan kesamarataan, hak asasi manusia, penindasan oleh manusia atas manusia, kebebasan, ketidakadilan sosial; memerangi rasuah, dadah dan menegakkan governance yakni pentadbiran dan pemerintah yang bersih, cekap, amanah, berteladan dan telus. Siapa antara Kak Wan dan Mei Fun dikira lebih berpeluang menjaring gol di padang yang saya telah sebutkan di atas.
Pengundi di merata diharap, apalagi
dalam PRU14 kelak, memainkan peranan lebih besar dalam apa yang dinyatakan
Speaking: "to play a bigger and larger part in the cultural,
political and economic life of the nation. We definitely can benefit
increasigly by being a truly multi-cultural and multi- ethnic society”-
memanfaatkan watan dan semua kaum sekali gus menunjukkan kita masih lagi sebuah
negara yang majmuk.
Jika kita terus curiga mencurigai antara satu sama lain, kita tentu akan lambat sampai ke destinasi 2020. Kalau itu terjadi semua akan kecewa dan rugi, bezanya besar atau kecil kerugian itu dan menusuk atau pahit kekecewaan itu. Kita harus tingkatkan perpaduan kita melalui perkongsian kuasa politik dan lebih penting kekayaan, ekonomi, bisnes, perdagangan dan profesion dengan juga mengambil kira potensi dan bakat yang mencerminkan populasi negara. Jika ini berlaku dengan adil dan saksama kita akan lihat semua rakyat dan negara lebih makmur. Negara lebih aman, selamat dan rakyatnya lebih sejahtera. Ini akan berlaku hanya kalau tidak wujud lagi budaya Ali Baba, kronisme dan the rent - a - car crowd. Siapa pun menang tidak akan mengubahkan kedudukan kerajaan Negeri Selangor atau kerajaan pusat.

SH / Tan Sri Abdullah Ahmad / 16 Mac 2014
Foto – Perarakan Mengiringi Datin Sri Wan Azizah semasa Hari
Penamaan Calon
0 comments:
Post a Comment