Selebriti ternama China termasuk pelakon
Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia
menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Para artis tersebut menyatakan demikian di laman Weibo – sejenis laman sosial
seperti Twitter – untuk mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China
memboikot produk Malaysia.
“Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami
mencari pesawat tetapi anda mengutamakan masa (demi politik).
“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah
kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah
kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa. “Anda salah kerana tidak menghormati usaha
seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran,” tulisnya dalam
Weibo.
Salah seorang penumpang dalam pesawat malang tersebut adalah perekatari dan pelakon lagak ngeri popular Ju Kun yang pernah bekerjasama dengan Zhang. Sementara itu, seorang lagi selebriti nyanyian negara itu, Chen Kun mengumumkan bahawa beliau tidak lagi menghormati kerajaan Malaysia.
Chen berkata beliau akan memboikot keseluruhan produk Malaysia.

Tulisan berkenaan muncul selepas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu mengumumkan pasukan penyiasat
percaya penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi – jauh dari sebarang
daratan.
Ia selari dengan sentimen para waris penumpang warga China, yang berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan MAS.
Laporan menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan “Kerajaan Malaysia bohong pada kami” dan “Malaysia, kembalikan keluarga kami” sambil berarak secara aman dan mempamerkan kain rentang.

Kredit - Taukeh Blog @ http://www.taukehblog.com/
0 comments:
Post a Comment