Kredibiliti calon BN Datin Paduka
Chew Mei Fun nampaknya terus tercalar dengan isu kegagalan beliau mempertahan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara ketika beliau menjadi Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara. Lam Yoke Saw, seorang ibu yang empat
anaknya belajar di sekolah itu meluahkan, beliau sangat kecewa dengan Mei Fun
yang juga Naib Presiden MCA itu.
Beliau yang hadir pada sidang media
PKR bersama seorang anaknya hari ini berkata, Mei Fun hanya pandai bercakap
tetapi tidak boleh membela masyarakat.
"Saya pengundi dia dahulu.
Ketika itu saya cuba nak jumpa dia nak bincang, tapi dia lari. "Saya sangat kecewa. Orang cina
memang tidak dapat maafkan dia," kata beliau.
Isu penutupan SJKC Damansara yang
dipindah ke Tropicana berlaku pada tahun 2001 sebelum ia dibuka semula pada
2009 dengan nama SKJC Chung Hwa. Pada waktu itu kerajaan pusat ingin
mengambil tanah di tapak sekolah tersebut bagi pembinaan kondomium mewah. Bagaimanapun, ia dibantah penduduk
dan NGO di kawasan tersebut yang mahu sekolah itu dikekalkan. Biarpun dikunci, mereka tetap
bertahan dengan belajar dalam kabin yang ditempatkan di sebuah kuil berdekatan.
"Lapan tahun anak-anak kami belajar di kabin. "Bukan sahaja tidak mempertahankan sekolah asal itu, tapi dia (Mei Fun) langsung tidak peduli, tak datang tengok kami," katanya. Lebih mengecewakan kata beliau, perpindahan dibuat tanpa mendengar pandangan penduduk Kampung Baharu Seri Damansara. "Saya harap penduduk Kajang boleh buka mata terang-terang. Pilih calon betul-betul boleh harap bukan yang pandai cakap sahaja," kata beliau.
HD/18 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment