Sponsor

Thursday, March 20, 2014

Menanti Dengan Penuh Harapan, Keluarga Sudah Bersedia Menerima Apa Saja Keputusan.....


Selepas berita daripada pihak berkuasa Australia tersebar, ahli keluarga dan penumpang MH370 menunggu dengan penuh debaran di Hotel Everly, tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka masih menaruh harapan positif ke atas nasib MH370 sebaik sahaja mendengar berita penemuan objek daripada pihak berkuasa Australia.
"Saya tahu mengenai berita tersebut sejam sebelum sidang media pihak berkuasa Australia. Saya sudah beritahu adik-beradik supaya bersedia dan kuat, tidak kira apa jua hasilnya," kata Ch’ng Mei Ling, ahli keluarga salah seorang penumpang pesawat malang tersebut.
Ch'ng kelihatan tenang apabila mendengar khabar tersebut. Bagaimanapun dia kelihatan sedikit letih kerana menanti hampir 13 hari mengenai perkembangan MH370 yang hilang. 
"Sejak awal, kami mempunyai harapan 50% pesawat ditemui dan penumpang masih hidup. Kami juga berharap pesawat tersebut dirampas. Jika ia berlaku, peluang untuk hidup masih tinggi. Saya tahu mereka masih belum sahkan serpihan itu... tapi saya bersedia," kata beliau. Beliau berharap sekiranya objek tersebut adalah MH370, penyiasat akan dapat menemui kotak hitam bagi mengetahui perkara sebenar berlaku ke atas pesawat malang tersebut.
"Saya mahu tahu apa yang berlaku semasa penerbangan. "Mengapa ia berpatah balik, bagaimana ia berakhir di Lautan Hindi jika memang objek itu adalah serpihan daripada pesawat, "katanya...
MI/20 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/