Ketawa adalah ubat terbaik namun
nasib tiga jururawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh
Ibrahim Mat Zin masih tidak diketahui. Dalam laporan sebelum ini,
ketiga-tiganya mungkin digantung perkhidmatan, namun pengguna sosial media
memberikan sokongan penuh kepada mereka.
Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi
Ibrahim dengan "karpet terbang" dalam usahanya mencari pesawat MH370
yang hilang dan gambar mereka menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke
media cetak. Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam
Facebooknya berkata:"Jika mereka perlu digantung, bomoh itu perlu
dipenjarakan," mendapat ratusan "like", lapor akhbar The Star. Bagaimana, kata The Star, disahkan
kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit.
Susan Abraham berkata, lawak mereka
menjadi ubat yang baik, manakala Sip Lee menyokong petugas perubatan yang
gembira ketika bertugas dengan berkata:”Petugas yang cantik dengan senyuman di
wajahnya akan membantu pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka
mengembirakan yang tertekan," lapor akhbar itu lagi.
Jon Navaratnam juga membela mereka
dengan berkata:"Mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan selalu tertekan
kerana kerja mereka antara 16 ke 24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu
bergurau senda. Biarkanlah mereka."
Iswardy Morni berkata, cara mereka
membuat lawak untuk bergembira patut mendapat tawaran kerja. "Jika mereka ditamatkan
perkhidmatan, mereka boleh kerja dengan syarikat saya (kami pakar dalam bidang kesihatan). Kami memerlukan lebih ramai pekerja yang berani dan kreatif,”
katanya...
MalaysianInsider/15 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment