DERITA KELAPARAN DAN
KETAKUTAN YANG DIHADAPI PENGUNGSI DI KEM YARMOUK, SURIAH SELATAN
Foto – Lautan wajah ketakutan dan kelaparan ini menggambarkan penderitaan
warga Suriah yang mendiami kamp Pelarian Yarmouk di Suriah Selatan. Foto yang
diambil pada 30 Januari 2014 ini menunjukan kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak
berada di celahan deretan bagunan yang runtuh akibat di bom oleh Regim Basyar
Assad. Mereka memerlukan bantuan makanan dan ubat-ubatan. Terdapat lebih 18 ribu
yang masih mengungsi di kamp Yarmouk ini.
Kamp di Yarmouk ini pada awalnya dibina pada tahun 1948 untuk pelarian
Rakyat Palestine yang mengungsi akibat perang Arab-Israel. Namun semenjak
berlakunya konflik Suriah, Kamp Yarmouk dijadikan Zon bencana kemanusiaan kerana
pertempuran antara pasukan Regim Basyar Assad dan Pejuang Oposisi. Konflik yang
berpanjangan itu telah menghalangi keupayaan untuk memberikan bantuan makanan
dan perubatan bagi mereka yang tinggal di sana.
Puluhan orang telah tewas di kamp itu disebabkan kekurangan makanan. Menurut maklumat dari mereka yang terperangkap di Yarmouk, mengatakan bahawa mereka terpaksa memakan rumput dan kucing demi meneruskan kehidupan. Bantuan makanan dan perubatan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terlalu ‘perlahan’ sejak Januari 2014, kadang-kadang tidak mencukupi bagi menampung keperluan semua pengungsi di kamp Yarmouk.

Semoga Allah memberikan perlindungan dan mempermudahkan urusan kepada
mereka.
numpang lewat boss.
ReplyDeletemantap boss.
ReplyDelete