Sponsor

Wednesday, February 19, 2014

Gadis Ini Lumpuh Selepas Pembedahan Payudara....

Foto: Gadis Ini Jadi Lumpuh Kerana Operasi Pembesaran Payudara - 

Linda Perez (18 tahun) seorang single parents asal Miami, Florida pada Ogos 2013 menjalani pembedahan plastik untuk membesarkan payudaranya di sebuah klinik kecantikan bernama Coral Gables Cosmetic Center.

Akibatnya, setelah menjalani prosedur tersebut Linda mengalami komplikasi yang mengakibatkan dirinya mengalami koma selama 2 bulan lebih dan ketika ia tersedar, ia sangat sedih dan tertekan kerana mendapati dirinya mengalami kelumpuhan sehingga sehari-harinya harus dirawat oleh kedua orang tuanya.


Kedua orang tua Linda telah membuat tuntutan ke klinik tersebut dan kini masih dalam proses tuntutan ke muka pengadilan. Bagaimanapun, pihak klinik tersebut menyatakan bahawa ini adalah kesalahan Linda sebagai pesakit kerana tidak menunjukkan catatan fail kesihatan sebelum menjalani prosedur operasi pembesaran payudara tersebut.
Fakta tersebut dikuatkan oleh penyelidikan bahawa dalam catatan kesihatan Linda, diketahui bahawa Linda menghadapi alergik terhadap beberapa jenis ubat anestesi ketika ia melahirkan anaknya 4 tahun lalu.

Menurut sumber, kes ini masih berjalan, namun pihak Linda yang membuat tuntutan terdapat kelemahan kerana ia dituduh berbohong mengenai laporan kesihatan nya ketika hendak menjalani pembedahan pembesaran payudara tersebut.


Kini Linda tidak mampu berbuat apa-apa lagi dan mengharapkan kedua orang tuanya untuk merawat dirinya yang mengalami kelumpuhan....

Sumber addgue/(WBFS, NBC)

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/