Gunung
Sinabung adalah Gunung Berapi yang terletak di Dataran Tinggi Karo, Kabupaten,
Sumatera Utara, Indonesia,. Selain dari Gunung Sinabung, terdapat satu lagi
Gunung yang terletak berhampirannya, iaitu Gunung Sibayak. Kedua gunung
tersebut dianggap bahaya dan aktif di Daerah Sumatera Utara. Gunung Sinabung
mempunyai ketinggian 2,460 meter dari aras laut ini merupakan yang tertinggi. Terakhir,
letusan Gunung Sinabung pernah mencatatkan keaktifannya sekitar tahun 1600 M. Satu
jangka masa yang cukup panjang. Sekitar 400 tahun lamanya. Tetapi gunung ini
kembali aktif pada tahun 2010 sehingga kini ‘2014.
Mengikut
catatan, tahun 2010, Gunung ini meletus beberapa kali. Bermula 29 Ogos 2010
gunung Sinabung mula memuntah larvanya diikuti pada 3 September 2010 dengan dua
kali letusan. Bersamanya juga di susuli satu Gempa Bumi kecil. Disusuli pula
pada 7 September 2010 dimana suara letusan itu kedengaran sejauh 8 kilometer
dan debu api yang berbentuk seperti awan hitam menjangkau sehingga 5,000 meter
ke udara.
Sehinggalah
pada akhir 2013, Gunung Sinabung kembali meletus. Kejadian pada 20 November 2013
mencatatkan 6 kali letusan.Seterusnya Pada
23 November 4 kali dan hari berikutnya sebanyak 5 kali. Akibat rangkaian letusan
ini, Medan yang berjarak 80 kilometer di sebelah timur terkena debu. Sejak itu,
penduduk dari 21 kampong berdekatan mula dipindahkan. Kerajaan Indonesia telah
mengeluarkan arahan merbahaya kepada semua penduduk berdekatan. Bermula 4
Januari 2014 sehingga kini masih berterusan tanpa henti.
EPISOD memuncak terjadi pada Sabtu ‘1 Februari 2014 yang lalu
apabila 15 Warga Indonesia yang terdiri dari 4 Pelajar sekolah, 4 Warga
Kabupaten Karo serta 7 mahasiswa GMKI telah terbunuh. Kesemua mereka mati
akibat dari kepanasan debu panas yang berbentuk awan melintasi tempat mereka
berada. Mayat mereka ditemui dalam keadaan bergelimpangan sekitar 5 Kilometer
dari Gunung Sinabung. Mengikut maklumat masih ada mayat yang belum dijumpai dan
usaha mencari giat dijalankan.
Ketinggian puncak debu panas dicatatkan
setinggi 3 kilometer dari titik awan. Perkampungan Suka Mulya dan Suka Meriah
antara dua kampong yang mencatatkan kepanasan teruk sehingga mencapai 600
darjah Celsius. Selain suhunya yang sangat panas, kelajuannya pun mencapai 100
kilometer/jam. Sememangnya sangat sulit bagi sesiapa saja untuk menyelamatkan
diri dalam keadaan demikian kecuali keajaiban yang diluar jangkaan manusia…
Dari Pelbagai Sumber..
0 comments:
Post a Comment