SHAH ALAM: Laporan The Star kononnya
pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menyediakan surat
peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tidak
benar.
Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang
menyifatkannya sebagai pembohongan, percaya berita itu sebagai cubaan menutup
kegagalan MCA meletakkan calon berwibawa untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Mengingatkan pembaca
bahawa MCA sebagai pemilik The Star, beliau berkata, Presiden baru MCA mengalami
tekanan untuk memastikan kerusi itu bukan ditandingi parti lain dalam BN.
“Ia isyarat jelas betapa MCA gagal mendapatkan kedudukan politik dan
boleh dianggap sebagai kapal politik yang tenggelam,” katanya pada kenyataan
media, hari ini.
Laporan berita esklusif muka depan akhbar itu menyatakan kononnya
Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan itu yang bertarikh
23 Mac.
Berita yang memetik sumber itu melaporkan kononnya keengganan
itu bakal menjejaskan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri
besar selepas memenangi PRK Kajang.
Sumber Selangorkini..
0 comments:
Post a Comment